Tuesday 12 March 2013

4 SYARAT PAKAI TUDUNG

Assalamualaikum and salam ukhuwah semua..
Zaman sekarang ni ada macam-macam fesyen tudung,tak kisahlah nak buat gaya hana tajima ke tapi yang penting 4 syarat ni kena ikut,COMPLETE!

1.Menutup dada..
Tak kisahlah nak lilit 7/10 kali pun asalkan tudung tu menutup dada.Jangan dok pakai tudung singkat sangat sampai memperlihatkan perhiasan kita kepada mereka yang bukan mahram.
Bila kita menutup bahagian ni,dada kita akan terpelihara.Jika kita tunduk pun ia masih lagi tertutup.

2.Tudung tak boleh transparent a.k.a jarang and mesti longgar
Telekung pun sama,tak boleh jarang.Kalau beli kat kedai memang jarang,tambah kain putih kat dalam and jahit.Boleh pakai telekung yang jarang tapi kena modify sikit.Kalau nampak bentuk telinga awak,tu bukan tudung yang sempurna untuk di pakai.

3.Kedudukan tudung mesti betul di atas dada
Atas ini maksudnya betul-betul di atas dada kita..Bukan atas dada tu maksudnya kita singkatkan bahagian depan tudung kita.Kita bagi tudung tu betul-betul duduk kat atas dada.Nak tahu lebih lanjut nanti tengok video ustaz don.Pengantin pakai tudung masuk dalam,majlis tak berkat macam mana nak dapat zuriat bagus?TOLONG AMBIL PERHATIAN.
Sebab rugi kahwin panggil ustaz raikan dia tapi pengantin tak tutup aurat.Hari kahwin ALLAH laknat kerana kufur pada ALLAH dan ingkar akan perintah-NYA.Hari kahwin ALLAH laknat macam mana nak dapat zuriat yang soleh solehah?Maaf saya cakap macam ni sebab ilmu tu kita kena kongsi.

4.Betul-betul menutup dada dan kawasan sekitarnya(tudung mesti di bawah dada atas pusat)
Tudung kena pastikan memenuhi 4 syarat ni.Lepas tu nak pakai tudung style apa pun boleh.Kalau kita pakai tudung singkat,time angkat takbir nak sembahyang,bahagian dada tu tak tertutup.

Pakai tudung x kisah la macam mana asalkan menutup aurat kita.Saya hanya berkongsi ilmu.Bukan apa,hari ini kita dapat lihat ramai yang bertudung dan saya suka tengok ramai dah bertudung.Pastikan keempat-empat syarat ni kita penuhi sebelum keluar rumah.

Yang baik daripada Allah,yang kurang tu daripada diri saya sendiri.

Yang hanya berkongsi ilmu,
nazurah

No comments:

Post a Comment