Wednesday, 30 January 2013
Bismillahirrahmannirrahim dan assalamualaikum nazurah ucapkan untuk mereka yang sudi membaca coretan ringkas ini.
Tidak semua manusia di muka bumi ini mendapat hidayah daripada Allah.Hidayah Allah pasti akan datang kepada mereka yang sentiasa berusaha untuk mendapat petunjuk-NYA:)
Kadangkala kita rasa ingin berubah,tetapi tidak ada yang menyokong.Ketahuilah wahai sahabatku,tidak mengapa sekiranya kita tidak mendapat sokongan kerana pertolongan Allah pasti ada untuk mereka yang terpilih.Mohonlah kepada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan oleh-NYA.
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang tidak berkenan melihat anak mereka berubah ke arah kebaikan(such as pakai tudung labuh and maybe berpurdah).Wahai ibu bapa,beruntunglah kalian kerana Allah telah memberikan hidayah kepada anakmu.
Bukan mudah untuk kita mendapat hidayah daripada Allah.Oleh itu,bersyukurlah akan hidayah yang diberikan oleh Allah.Buat saudara dan saudari yang masih mencari,teruskanlah usaha anda.Insya-Allah,usaha anda tidak sia-sia:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment