Sunday, 27 January 2013

Dalam Dakapan Ukhuwah:)

Setiap insan di muka bumi ini pasti mempunyai sahabat,kawan,teman dan rakan.Hidup terasa ceria apabila ada teman untuk berkongsi.Oleh itu,jagalah teman kita sebaik-baiknya agar ukhuwah yg dijalinkan dapat memberikan manfaat kepada kita di padang mahsyar nanti.Insya-Allah


"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
-Imam Al-Ghazali-



Wahai sahabatku sekalian,bersyukurlah kalian kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sayang kepadamu kerana Allah.Jika engkau belum menemui sahabat yang baik,sayangilah mereka yang sentiasa berada di sisimu.Hargailah mereka <3

No comments:

Post a Comment