Saturday 9 March 2013

PARENTS

Assalamualaikum,saya harap anda semua dlm keadaan yg sihat sejahtera..
Alhamdulillah,atas nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita.
Tajuk kali ini lebih kepada memberi kesedaran kepada anda dan saya,in shaa Allah:)

Inspirasi nak buat entry ni tercetus ketika saya tengok vid Ustaz Don.
Saya terfikir adakah kita sebagai anak-anak akan beratur,berbaris untuk memandikan atau mengafankan jenazah ibu bapa kita?
Atau kita hanya meminta bantuan orang lain untuk melakukannya?Saya sendiri berasa terpukul dengan kata-kata itu..

Wahai sahabatku,ibu bapa kita rela memandikan kita sewaktu kita masih kecil,lalu apa yang membuatkan kita tidak boleh melakukan sesuatu buat kali terakhir kepada mereka?
Air mata saya menitis tatkala menonton video itu.Pelbagai persoalan bermain difikiran saya.Adakah saya telah menjadi anak yang membawa mereka ke syurga?Adakah saya akan melibatkan diri dalam pengebumian ibu bapa saya nanti?Atau saya hanya sekadar melihat dari jauh?

Pernahkah anda terfikir semua ini?
Dan wahai ibu bapa,jika hari ini anak-anak nampak Islam itu suatu perkara yang kecil,tanggungjawab andalah untuk membuatkannya kelihatan besar

Walau seteruk mana pun perbuatan ibu bapa kita,jangan sesekali kecilkan hati mereka kerana doa mereka makbul..

wahai sahabat,marilah kita bersama-sama memperbaiki iman kita:)
Mari bermujahadah mencapai mardhatillah..

love,
Nur Aniyah Nazurah 

No comments:

Post a Comment