Friday 23 August 2013

PEDULIKAH AKU?

Assalamualaikum and hello pretty hearts:)
It's quite a long time I haven't submit or post any entry.
Now,I just want to bring all of us into an important topic.

JENG JENG JENG...




Perasankah kalian akan isu semasa yg berlaku sekarang??

Pedulikah anda akan apa yang berlaku pada saudara-saudara Islam kita di Syria,Mesir,Rohignya dan mana-mana sahaja di muka bumi ini?

Atau kalian hanya memberi alasan??

Sudah hilangkah rasa simpati dan empati dalam dirimu?

Apakah kerana ianya tidak menimpamu?

tidak berlaku di negaramu?tidak berlaku pada ahli keluargamu?

Wahai teman,

Mereka di sana bermati-matian mempertahankan maruah agama.

Apakah sama dengan kita yang berada di sini?

Atau adakah kita masih leka dengan permainan duniawi?terus lena di bawa arus kemodenan?

Mana perginya pemuda-pemuda Islam?

Wahai pemuda harapan agama,wahai penegak khalifah islamiyah,wahai bapa kepada anak-anak solehah,

wahai bayangan Umar Al Khattab,Sultan Muhammad Al Fateh,Mus'ab bin Umair,

DI MANAKAH KALIAN??

Hiba hatiku tatkala melihat keadaan ummah kita,

Semakin nazak dah terus dibiarkan koma,

Mana perginya mereka yang mengaku hebat?

Mana hilangnya dia yang mengadu domba?

Mana?MANA?

Sedarlah wahai sahabatku,

Wahai umat Nabi Muhammad S.A.W,

Hidup ini bukan tempat untuk mengumpul harta,

Bukan tempat menayang aurat,

Bukan khemah untuk kau bersuka ria,mabuk hingga ke pagi,

BUKAN!BUKAN!

Kita di beri tanggungjawab sebagai khalifah,

Apakah yang kau lakukan dengan jawatan khalifah itu??

Tumbuk dada,tanya hati..

Bangkitlah,sahabatku.

Islam memerlukan kita....


-N A Z-
KMM
2013

No comments:

Post a Comment