Sunday 21 April 2013

SEDARLAH,SAHABATKU

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kali ini saya ingin membawa anda ke suatu kisah benar yg dialami saya sendiri.

Saya bukan seorang insan yg nature baik.Saya berubah kerana saya sedar...sedar yg saya telah banyak melakukan dosa.

Penjagaan tentang aurat tunggang langgang,takkan saya nak heret ayah dan abang saya masuk neraka?Na'uzubillah..

Akaun social media yang saya ada,kadang2 saya hanya nak tambah followers.Saya hanya pentingkan pengiktirafan manusia!Tanpa sedar apa yang saya lakukan itu sama sekali tidak betul.

Kadang2 saya marah adik saya,if dia keluar tak pakai tudung.Sebab saya taknak dia ulang apa yang saya pernah buat dulu.

Mulut,mata,telinga,tangan,kaki..saya tak gunakan nikmat Allah ini dengan sebaiknya.

Berangan nak kahwin dengan orang baik2 tapi peribadi saya ni pun tak cukup baik..

Tak habis2 merancang itu ini tapi usaha takde?Ke laut la perginya.

Ada yang kata saya beruntung dapat pakai tudung labuh..nak cakap sikit,tudung labuh bukan milik saya,malah milik kita semua wahai akhawat.

Tapi Alhamdulillah sepanjang saya yang dahulu,saya tidak pernah bergaul bebas dengan yang bukan mahram..sekolah perempuan la katakan.

Takkan saya nak sia-siakan hidayahNya?If saya buat tak tahu,maknanya saya ni sombong dengan Tuhan saya sendiri.Astaghfirullah.

Awak semua pun sebenarnya telah diberi hidayahNya.Ini kerana hidayah telah datang pada 1400 tahun yang lalu.Hanya kita yang tak nampak sebab kita buta hati!

Sedarlah wahai sahabatku,dunia kian nazak,masyarakat masih koma.Kita ini umat akhir zaman!(jerit kuat2 kat jiran sebelah)

Jangan menangis kerana dunia.Tetapi menangislah sekiranya kita tidak berpeluang ke syurgaNya.Astaghfirullah

Wassalam



No comments:

Post a Comment